SELAMAT DATANG KE HALAMAN SEKOLAH AZNOOR..
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT ANDA SEMUA....
SEKOLAH MEN.KEB. L.K.T.P BELITONG
Ianya terletak lebih kurang 30 kilometer dari Bandar Kluang dan lebih kurang 45 kilometer dari Bandar Kota Tinggi.Walaupun dikelilingi oleh 100% pokok kelapa sawit namun Sek.Men.Keb L.K.T.P Belitong ini tidak begitu jauh terpinggir.Mari kita bersama-sama ikuti sejarah awal sekolah ini dan seterusnya mengetahui perkembangannya sejak ianya ditubuhkan.
Sejarah Awal.
Sekolah Menengah Kebangsaan L.K.T.P Belitong mula menjalankan operasinya pada awal tahun 1995.Ianya dibina kerana memandangkan anak-anak peneroka yang akan melangkah ke sekolah menengah terpaksa bersekolah di sekolah yang agak jauh dari pertempatan mereka.Di atas keprihatinan pihak-pihak tertentu sekolah ini dibina.Pada awal penubuhannya hanya pelajar di tingkatan satu sahaja yang menuntut di sini.Beberapa bulan kemudian pelajar tingkatan dua pula ditempatkan di sini.
Perkembangannya..
Sekolah ini pada awalnya hanya mempunyai 25 orang guru.Pengetuanya yang pertama ialah Encik Basar bin Bani.Sekolah ini terus menambahkan bilangan pelajarnya dari masa ke semasa.Sekarang terdapat dua sessi pembelajaran dijalankan iaitu di sebelah pagi dan petang.Pada sebelah pagi pihak sekolah menghadkan kepada tingkatan tiga hingga ke tingkatan lima.Manakala disebelah petang pula untuk pelajar tingkatan satu dan dua.
Di bawah pentadbiran Encik Wahid bin Bilaji sekolah ini berkembang terus.Biarpun tidak sehebat sekolah-sekolah di bandar namun sekolah ini terus berusaha meningkatkan prestasinya sama ada dibidang akademik mahupun sukan.
Pentadbirannya..
Pada tahun ini 1998,Sekolah Menengah Kebangsaan L.K.T.P Belitong mempunyai seramai lebih kurang 66 orang guru.Penaungnya ialah Encik Wahid bin Bilaji.Beliau dibantu oleh Encik Jailani bin Kassan sebagai guru penolong kanan dan Encik Halim bin Marjunid sebagai guru hal ehwal murid.Sekolah ini secara umumnya mempunyai sebanyak 40 buah tingkatan.Pelajarnya pula ialah seramai 1402 orang pelajar.
Kelab Dan Persatuan..
Rasanya tidak lengkap hidup sebagai seorang pelajar jikalau tidak berpersatuan.Oleh sebab itu Sekolah Menengah L.k.T.P Belitong menyediakan lebih kurang 22 kelab dan persatuan untuk para pelajarnya.Penyusunan aktiviti yang di lakukan pada hari Sabtu ini biasanya diatur oleh pihak sekolah secara sistematik dan teratur.Aktiviti-aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengelakkan para pelajarnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah disamping menggalakkan para pelajar menggunakan masa lapang secara sempurna.Secara amnya semua pelajar dimestikan mengambil bahagian dalam kesemua aktiviti yang diadakan.
Info Sekolah
GRED |
B |
KEDUDUKAN |
LUAR BANDAR |
LUAS |
16.9 EKAR |
TARIKH DIBUKA |
1.12.1994 |
JUMLAH PELAJAR |
1 402 ORANG |
JUMLAH GURU |
66 ORANG |