MUTIARA KATA
ASSALAMUALAIKUM .................
BUAT ANDA PENGGEMAR INTERNET SAYA UCAPKAN SELAMAT MEMBACA DAN SAYA BERHARAP ANDA AKAN GEMBIRA MEMBACA RUANGAN SAYA INI.
Mari kita renungkan bersama........
*Insan tidak dikurniakan dengan penuh kesempurnaan,bukan semua yang dikejar itu dalam genggaman,bukan semua yang buruk itu menjadi bahan buangan dan bukan semua kemanisan itu simbol kegemilangan.
*Kita boleh memberi bantuan tanpa mempunyai perasaan kasih sayang,tetapi kita boleh mengaku mempunyai perbezaan kasih sayang itu jika kita tidak sanggup memberi bantuan.
*Malapetaka adalah cermin yang sempurna untuk melihat dan mengenal diri sendiri.
*Takdir adalah penentu segala-galanya.Apa yang terjadi kita tidak dapat menghalangnya.Yang paling baik ialah berusaha dan berserah diri kepada Tuhan yang Maha Esa.
*Dalam seribu teman belum tentu wujud seorang sahabat kerana persahabatan itu memerlukan kejujuran yang merupakan kebahagiaan dalam kehidupan.
*Hadapilah cabaran dengan sabar dan tabah kerana semalam yang tidak menghadiahkan kejayaan tidak bererti kegagalan untuk esok.
*Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras sebagaimana benih tidak akan tumbuh di atas batu.
*Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti merasa gula dan sering akan merasa kemanisannya.
*Jiwa akan menjadi tabah dan murni jika kita melalui kehidupan ini dengan tabah dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
*Dalam sehari pasti kita berduka kerana itulah lumrah kehidupan,jadi terimalah dengan hati yang terbuka.